Sunday, June 14, 2009

Hadirnya "sakinah ma waddah".....

Baru selesai tadarrus al-quran bersama-sama anak-anak cikgu, setelah selesai solat jemaah bersama abah mereka di ruang atas rumah kami. Di antara tradisi keluarga yang terbukti amat baik untuk diamalkan. Sekarang ni, semua anak lelaki ke masjid utk solat jemaah Isya'. Satu petua yang penting untuk semua yang akan dan sedang membina keluarga:
1.amalan tadarus
2.solat jemaah keluarga + taa'lim
3.makan berjemaah
4.bacaan keluarga

Solat jemaah dimasjid juga satu latihan utk anak2 bersama ahli masyarakat, juga satu tuntutan....sangat sukar untuk diasuh pada anak2 .Tetapi jika dimulakan dari awal,sentiasa diberi peneguhan positif, Insyaalah akan memberi kesan yang amat membahagiakan. Hingga kini anak2 lelaki cikgu merupakan pekerja setia di masjid kampung kami setiap kali diadakan majlis di masjid. Doa cikgu, moga-moga mereka akan terus membesar menjadi " lelaki yang hatinya sentiasa dekat dengan masjid..."

Tinggal kak long dan kak cik melayan adik2 kecil mereka makan malam terlebih dahulu. Esok hari persekolahan dan biasanya yang kecil2 akan tidur lebih awal. Kebiasaannya, makan malam kami sebelum maghrib,tapi terlewat pulak kak longnya menggoreng nasi. Cikgu dah hampir 5 bulan sedang menjalani amalan diet pemakanan sihat, tidak mengambil makan malam yang berat, hanya sekadar biskut ringan,sayuran atau buah-buahan segar. Berbantukan produk Herbalife, Alhamdulillah,cikgu dah berjaya mengurangkan hampir 13 kg dalam tempoh 4 bulan.

Menjelang usia emas ini, sudah tiba masa untuk memberi hak yang sepatutnya kepada badan. Hanya diri kita yang menentukan kesihatan badan kita. Pada mula2 mengikuti program,macam2 sindiran juga yang diterima.....namun, ingat Hadis 1 dalam Kitab Hadis 40...

" Setiap amalan bermula dengan niat......."

Demi kesihatan diri, untuk menentukan terus aktif sebagai ibu yang sihat dan guru yang kekal cergas dan bermotivasi, ditelan saja segala sindiran rakan2. Cikgu mahu terus sihat dan cergas untuk melihat anak-anak terus membesar dengan didikan sempurna dalam sebuah keluarga yang dirahmati dengan " Sakinah ma waddah..." Masih banyak tanggungjawab berat yang mesti disempurnakan. Cikgu ingin terus sihat untuk melihat anak2 dapat meneruskan tradisi membina keluarga sebagaimana ibu dan abah cuba lakukan. Satu tuntutan untuk kita meninggalkan zuriat yang kuat, bukannya yang lemah.....

Kak long hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum mendaftar diri semula ke kolej, bersedia untuk memulakan teaching practicalnya di Kajang. Moga segalanya dapat dilalui dengan baik.
Kak cik sedang menunggu keputusan exam IBnya....mudah-mudahan Allah akan kurniakan yang terbaik untuk diri dia. Alang pula sedang menunggu masa untuk mendaftar diri di ALAM bagi meneruskan perjuangannya belajar untuk menjadi pelayar yang hebat sebagaimana jejak langkah pelayar2 Muslim yang terkenal seperti Ibnu Batutta...

Begitulah hari-hari yang mencabar cikgu sebagai ibu. Segalanya perlu sempurna untuk satu amanah yang berat. Semasa anak-anak kecil kita rasa payah,..tetapi cabarannya jauh lebih sukar apabila mereka menjelang remaja dan dewasa. Anak di depan mata atau berada jauh dari kita bukan menjadi persoalannya.....tetapi amalan berdasarkan prinsip-prinsip yang berjaya dipupuk dan dihayati dalam keluarga. Hakikat yang mesti diterima...masa kecil bersama kita tetapi sesudah besar mesti dilepas terbang bebas membawa diri.

-Akan pulangkah mereka untuk menjenguk keluarga???
-Akan samakah mereka sebagaimana mereka kecil bersama kita???
-Akan eratkah lagi hubungan mereka adik2 dan abang2 ?????
-Masih ingatkah mereka kepada masjid kampung tempat mereka belajar
solat jemaah dan berkhidmat???


Sejauh mana kita berjaya mengikat hati-hati mereka kepada keluarga walau di mana mereka berada dan pada ketika mana sekalipun...itulah cabaran yang tiada penghujungnya selaginya kita masih bergelar ibu..atau abah....

"Wahai Tuhan kami, anugerahkalah kepada kami isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikahlah kami pemimpin
ikutan bagi orang yang bertaqwa"

( al-Furqan:74 )


2 comments:

  1. salam...
    jazakillah cikgu..
    mmg benar bnyk sgt tanggungjawab manusia nie...
    tapi alhamdulilah bersyukur dpt berkenalan dgn anak cikgu,raja aslam...
    seorang yg sering memberikan nasihat dan tunjuk ajar...
    insyaAllah hasil didikan cikgu dgn izinNya beruntunglah saya berkawan dgn anak cikgu nie...
    rasanya cikgu xperlu risau...rasanya aslam nie anak yg baik sepanjang persahabatan kami..

    ReplyDelete
  2. " -Akan pulangkah mereka untuk menjenguk keluarga???
    -Akan samakah mereka sebagaimana mereka kecil bersama kita???
    -Akan eratkah lagi hubungan mereka adik2 dan abang2 ?????
    -Masih ingatkah mereka kepada masjid kampung tempat mereka belajar
    solat jemaah dan berkhidmat???"

    semua ibu harapkan benda yg sama...termasok lah my mum...huhuhu

    ReplyDelete