Saturday, June 6, 2009

Bertemu si kembar...

Sekali lagi hari ini,seorang guru marasa bahagia di hati. Teringat sajak yg dibacakan oleh seorang pelajar pd.hari guru yg lalu..."Usah bersedih cikgu, jika tiada gelaran2 hebat dikurniakan padamu...tetapi berbahagialah jika suatu hari nanti,dirimu sentiasa menjadi cikgu kepada anak2 didikmu...".
Jam 2.00ptg,cikgu ke rumah cikgu Ruzi kerana kenduri perkahwinan anak sulungnya.Tiba2 dari arah belakang kedengaran panggilan cikgu!!!Rupa2nya si kembar,exsesma SPM 1996, bekas anak didikku.Sambil mendukung anak kecil,menghulur salam dan memeluk cikgu.Cepat2 dia memberitahu,..."ini azizah..bukan azimah cikgu..." dari dulu memang cikgu tak pernah cam yg mana satu..kecuali apabila ada kedua2nya bersama.Rupa2nya,si azimah pun ada juga.Kedua2nya datang bersama suami dan 2 org anak masing2.
Langsung dibawa berkunjunglah ke rumah cikgu kedua2nya sebelum berangkat pulang...
Benarlah bait-bait dlm sajak itu...

Sebelum ini, si azimah dan suaminya Amran,kedua-duanya satu batch pernah menziarah ke sesma, datang utk memberi sumbangan mereka kpd surau sesma.Ketika itu cikgu sedang mengajar di kelas 3UO...dulunya kelas si Amran.Azimah tercegat depan pintu kelas sambil mendukung anak kecil,diiringi pula siabang kat sebelahnya. Mula2 cikgu ingatkan si ibu nak bertemu anaknya dr kelas itu, tiba-tiba dia menjerit CIKGU!!!Azimah ni.....Ya Allah..bekas anak murid rupanya...lalu terus dipeluknya cikgu. Anak2 di kelas 3UO ketika itu,tergamam melihat. Cikgu terus memperkenalkan Azimah kpd mereka. Si Amran di belakang termalu2 kerana cikgu memberitahu bahawa ini adalah kelas dia dulu!!Selepas meminta izin dr.anak2 3UO,cikgu sempat berbual sekejap dgn mereka berdua.

Selepas mereka berlalu,cikgu terus berkongsi perasaan gembira cikgu dgn anak2 3UO. Itulah diantara saat2 yang membahagiakan hidup seorang guru, apabila anak didiknya datang menziarahi. Semua itu tiada tandingannya dengan wang ringgit.Tak terbeli dengan sebarang harga pun....Harapan yg sama cikgu sandarkan kepada mereka...harapnya mereka juga suatu hari nanti, biar apa pun jawatan atau gelaran yg disandang.....cari peluang utk menziarah cikgu2 .Ketika itu,cikgu tak sedar yg airmata cikgu menitis dan ada beberapa pelajar puteri yg turut menunduk.

Untuk yang baru yg menjadi guru dan yg bakal menjadi guru,
Kerjaya yang anda pilih tidak menjanjikan hamparan permaidani merah....atau anugerah2 glamor, jauh sekali ganjaran material untuk jadi jutawan. Namun, secebis cerita yang cikgu kongsikan ini cukup untuk membayangkan erti kebahagiaan seorang cikgu...

9 comments:

  1. Masha Allah cikgu... terharu saya membacanya.
    cikgu apa khabar?

    it's juz that ur words are so truthful. My mom also is a teacher, and i can see the warmth in her eyes everytyme she spoke about her old students.

    Kerjaya guru dan doktor itu paling bagus(berkat) kerana anda dekat dengan masyarakat... -Imam Hasan Al Banna

    -salam sayang dari Russia, Noor Azimah binti Ab. Aziz (batch 26, sesmarian 1999-2003)

    ReplyDelete
  2. waaaaa...naik sebak saya baca entry cikgu..haru saya..jiwa bakal guru..saya berharap dapat memiliki ketabahan dan keprihatinan seperti cikgu..semoga cikgu sukses selalu..kerjaya seorang guru bukan kerjaya untuk mencipta nama atau mengumpul wang segunung tinggi..tapi berkat doa seorang guru..amat berharga dan disanjung tinggi..berdiri di hadapan cikgu2 ini..adalah kejayaan dan anugerah terbesar kepada guru..
    salam mekar daripada..abadi sesma1999-2003

    ReplyDelete
  3. lupa saya...nanti kirim salam kat cikgu Ruzi..dah lama tak rasa masakan dan kek cikgu Ruzi..

    ReplyDelete
  4. kata-kata umar saidina al khatab:Aku kan menjadi hamba kepada sesiapa pun yang mengajarkan aku walaupun satu huruf.

    Kiranya saya ini sudilah jadi hamba kpd ckgu..
    hehehe..
    Moga tsabat dalam menjadi ckgu cemerlang SESMA

    ReplyDelete
  5. cikgu, saya nak number telefon cikgu ruzi boleh? lama tak dengar cerita cikgu KH dan ERT kesayangan nih...hehe

    ReplyDelete
  6. saya rindu suma cikgu2!!

    meezan harun (1999-2003)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...terima kasih kepada semua anak Sesma yang sentiasa merindui cikgu2 di sini. Si Awang paker tu mesti nak kena wat balik sesuatu pd cikgu niky dia yg garang ni...tapi dah sayang dia lebih drp. anak sendiri!!!!Kan dah sanggup jadi hamba tu....nanti boleh jamu nasi ayam lagi...
    Untuk Azimah...selamat berjumpa.selama ni tak muncul melalui fb...juga punya blog yg sangat baik. Tahniah! Contact No. PN.RUZI - 019 9884395

    ReplyDelete
  8. minta maaf cikgu, saya memang tak aktif Facebook dan webpage seumpamanya...hehe, tumpang Farizah jer (sebab memang duduk dgn dia kat russia ni)

    terima kasih...
    doakan saya juga,exam is around the corner...
    tahun depan saya grad,insha allah :)

    cikgu,teruskan menulis.jarang dapat bace cikgu2 sesma berkarya.What a bless! (^_^)

    ReplyDelete
  9. salam..kepada semua
    sebar-tebarlah ilmu yang ada..
    semoga ia terus bermekar..
    (promote2)
    tumpang lalu jap cikgu niky..
    harap maklum

    ReplyDelete