Tuesday, November 3, 2009

PTK yang menyeronokkan...

Alhamdulillah...tak semua cikgu2 ke PTK tu dengan wajah yang berkerut2,..tension....
What an enjoyable moment to me!!Getting new friends...many experience teachers..IPG lecturers...PPD officers and one couple from BPG Putrajaya!!! well..my topic for public speaking slot was Stress Management,helping teachers to optimized their performance. All of them were mention in my talk!!
Ada ketikanya amat terasa kerdilnya diri, berbanding guru2 lain yang jauh lebih banyak sumbangan dan jasa mereka. Namun, ketentuan Ilahi untuk kita, mesti diredhai dan dipenuhi sebaik mungkin...setakat kemampuan yang ada. Peluang bersama-sama mereka mengajar kita untuk rasa bersyukur dengan apa2 yang telah kita perolehi dan bersemangat untuk terus berusaha menanam budi kepada anak bangsa. Berapa keputusan PTK....A,B,C OR D ? sudah tidak menjadi perkara keutamaan lagi.....walaupun sudah pun tahu, ....untuk guru GC yang masih baru dalam kategori memangku, memang sudah dijanjikan tahap B yang paling tinggi....
Buat anak2 didik cgu or junior2 sesma yang sedang berkhidmat sebagai guru, anda telah memilih karier yang terbaik....don't ever forget that!..Terus belajar untuk menimba pengetahuan dan kemahiran drp siapa sahaja yang berpengalaman...daripada apa2 saja program yang ada peluang untuk hadiri...PTK is one of them.....Cikgu dah melalui 2 kursus PTK, DG44 and DG48( baru last week). Walau apa pun aspek negatifnya pada PTK tu...kita carilah yang positifnya....bukankah setiap kejadian Allah itu,pasti ada positif dan negatifnya....kenapa fokus yang negatifnya.....
Di sini cgu sertakan bahan2 yang boleh dikongsi...ambillah mana2 yang baik. Bukan sekadar untuk lulus PTK tapi untuk jadi cgu yang lebih baik...
wallahua'lam.

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan yang terakhir buat abangku...Rosman

Tanggal 5 Sept 2009, hari Sabtu,bersamaan 15 Ramadhan jam 10.30malam,kemalangan ngeri di Jalan Pasir Puteh - Jerteh, Abang kandungku Rosman dipanggil bertemu Allah pada usia 54 tahun.
5 tahun yg lalu, juga dalam Ramadhan yang berkat,ayahku juga dipanggil bertemuNya.
Segala2nya ketentuan Allah yang Maha Mengetahui akan Hikmah disebalik segala2nya. Seminggu sebelum itu,hari Sabtu sebelumnya,dalam minggu akhir cuti persekolahan, aku telah membawa kesemua anak2ku dan suami untuk berbuka puasa bersama Paman (panggilan oleh anak2 buah arwah) mereka,berterawih di masjid bersama-sama dan sempat bermain kad dan bergelak ketawa bersama2 anak2ku untuk setengah jam selepas terawih sebelum kami bertolak pulang ke K.Trg....meninggalkan dia untuk kali yang terakhir.
Perjalanan hidup abangku yang penuh dengan cerita berliku,memang sangat berharga untuk aku dan anak2 jadikan memori keluarga.

Peristiwa yang sentiasa menitiskan air mata ku ialah bait-bait dialog terakhir aku dengan abang Man sebelum kami berpisah pada malam itu....
Aku memohon abang Man supaya kuatkan diri untuk terus menjalani hidup dengan lebih terurus,dekatkan diri dengan Masjid bermula Ramadhan ini....tetapkan azam untuk bekerja dengan baik dan serius di kedai Motor Amy (wanita cina,pemilik kedai) dan tidak lagi berkejarana membuat pelbagai jenis pekerjaan di pelbagai tempat. Biasanya abang Man akan menelefon untuk meminta aku masukkan duit sekadar RM20,dalam tempoh masa yang tidak menentu.
Tapi pulangnya aku kali itu untuk membuat kata putus dengannya supaya dia belajar untuk mengurus dirinya dengan lebih teratur.

Ya Allah....sesungguhnya niat aku dan adik beradik yang lain seikhlasnya untuk terus berusaha membantu dan meyakinkan dia untuk tabah membina kehidupan baru selepas beberapa kali hidupnya bergelora.Aku menyerahkan RM300 tunai kepada abang Man(adik aku Rosley pula telah berjanji untuk mengirimkan RM100 lagi. Aku menyebutkan ayat bahawa itu ialah pemberian terakhir aku dan adik beradik yang lain untuk dia.Aku mohon dia supaya menguruskan duit itu dengan berhemah sehinggalah menerima gajinya sebelum hari raya.Aku beberapa kali menyebutkan kata2 "tidak akan lagi memberi duit lagi selepas ini"...dan memohon abang Man agar terus bekerja secara tetap dengan taukeh wanita cina itu ( meninggal dunia bersama dalam kemalangan tersebut).

Aku beberapa kali memohon maaf dan menyatakan hasrat kami adik beradik untuk melihat dia terus yakin untuk membina kehidupannya. Disepanjang dialog aku dengannya abang Man sentiasa menyatakan persetujuannya dengan rancangan aku....Dia kelihatan yakin dan menyatakan hasratnya untuk mengahwini taukeh itu yang berhasrat untuk memeluk Islam. Aku dan suami memberi penuh sokongan dan meminta dia bertemu dengan pegawai di Jabatan Agama untuk meminta nasihat.

Aku berpisah dengan abang Man untuk kali terakhir pada malam Sabtu itu pada jam 10.30 malam...hampir sama waktu dengan saat akhir kehidupannya pada hari kemalangan Sabtu, 5 September.

Kata-kata aku bahawa inilah kali terakhir aku memberi bantuan kewangan untuk dia, rupa-rupanya menjadi kenyataan...Masyaallah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segalanya.
Aku yakin dengan ketentuan Allah bahawa inilah kesudahan yang terbaik buat abangku Rosman. Allah memilih bulan Ranadhan yang mulia untuk mengambil abangku bertemuNya.
Alfatihah buat abangku Rosman bin Abdullah dan arwah isteri beliau Adibah b Abd Majid ( meninggal dunia 2 tahun lalu. Anak angkat mereka berdua, Haziq Haikal dalam proses pemindahan hak penjagaan kepada adik arwah isteri abang Man).

Alhamdulillah disepanjang rentetan kehidupannya yang penuh bergelora,abang man sentisa mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada kami 6 beradik dan sepupu2 kami. Walaupun kehidupannya tidak sempurna,tetapi abang Man merupakan seorang insan yang berhati mulia dan sentiasa ringan tulang membantu sesiapa sahaja. Di kampung, beliau dikenali semua anggota masyarakat sebagai "mesra alam"....Seorang qariah masjid memaklumkan pada aku bahawa dalam tempoh 2-3 minggu ini abang Man sentisa berada di masjid berterawih sehingga namanya disenaraikan untuk menyumbang kuih More pada 9 Sept ini. Setiap kali selepas solat jemaah Subuh beliau akan duduk memegang al-Quran berdekatan dengan kumpulan tadarrus, tapi belum bersedia untuk sama-sama bertadarrus kerana dia belum lancar jawabnya, tapi berjanji akan mula belajar.
Alhamdulillah, aku jadi lebih tenang dan penuh keredhaan dengan pemergiannya...ameen.






Saturday, August 15, 2009

HP Mini buat isteri...

15 Ogos 2009,gembira tak terkata...terima hadiah drp suami....hp mini untuk guru pakar katanya!
Alhamdulillah......memang dah lama terasa keperluannya terutama bila ke mesyuarat/bengkel, berat menggalas notebook, belum ketika ke kelas bersama LCD!
Azam dalam diri...nak mula mempelbagaikan PnP bersama2 anak2 didik...lebih menarik jika ada sesuatu yang menarik melalui teknologi ICT ni...Kadang2...dah waktu lewat tengahari tu,biasalah dah mula penat,lapar dan nak menghala mengantuk.Jika dapat bahan2 menarik,..yang mungkin boleh menambah minat...menambah kesegaran...pastinya lebih baik untuk mereka...
Insyaallah akan kumanafaatksan sebaik mungkin....
terima kasih buat suami tesayang. Moga Allah menambah keberkatan rezeki buat suamiku...
wassalam.

Sunday, June 14, 2009

Hadirnya "sakinah ma waddah".....

Baru selesai tadarrus al-quran bersama-sama anak-anak cikgu, setelah selesai solat jemaah bersama abah mereka di ruang atas rumah kami. Di antara tradisi keluarga yang terbukti amat baik untuk diamalkan. Sekarang ni, semua anak lelaki ke masjid utk solat jemaah Isya'. Satu petua yang penting untuk semua yang akan dan sedang membina keluarga:
1.amalan tadarus
2.solat jemaah keluarga + taa'lim
3.makan berjemaah
4.bacaan keluarga

Solat jemaah dimasjid juga satu latihan utk anak2 bersama ahli masyarakat, juga satu tuntutan....sangat sukar untuk diasuh pada anak2 .Tetapi jika dimulakan dari awal,sentiasa diberi peneguhan positif, Insyaalah akan memberi kesan yang amat membahagiakan. Hingga kini anak2 lelaki cikgu merupakan pekerja setia di masjid kampung kami setiap kali diadakan majlis di masjid. Doa cikgu, moga-moga mereka akan terus membesar menjadi " lelaki yang hatinya sentiasa dekat dengan masjid..."

Tinggal kak long dan kak cik melayan adik2 kecil mereka makan malam terlebih dahulu. Esok hari persekolahan dan biasanya yang kecil2 akan tidur lebih awal. Kebiasaannya, makan malam kami sebelum maghrib,tapi terlewat pulak kak longnya menggoreng nasi. Cikgu dah hampir 5 bulan sedang menjalani amalan diet pemakanan sihat, tidak mengambil makan malam yang berat, hanya sekadar biskut ringan,sayuran atau buah-buahan segar. Berbantukan produk Herbalife, Alhamdulillah,cikgu dah berjaya mengurangkan hampir 13 kg dalam tempoh 4 bulan.

Menjelang usia emas ini, sudah tiba masa untuk memberi hak yang sepatutnya kepada badan. Hanya diri kita yang menentukan kesihatan badan kita. Pada mula2 mengikuti program,macam2 sindiran juga yang diterima.....namun, ingat Hadis 1 dalam Kitab Hadis 40...

" Setiap amalan bermula dengan niat......."

Demi kesihatan diri, untuk menentukan terus aktif sebagai ibu yang sihat dan guru yang kekal cergas dan bermotivasi, ditelan saja segala sindiran rakan2. Cikgu mahu terus sihat dan cergas untuk melihat anak-anak terus membesar dengan didikan sempurna dalam sebuah keluarga yang dirahmati dengan " Sakinah ma waddah..." Masih banyak tanggungjawab berat yang mesti disempurnakan. Cikgu ingin terus sihat untuk melihat anak2 dapat meneruskan tradisi membina keluarga sebagaimana ibu dan abah cuba lakukan. Satu tuntutan untuk kita meninggalkan zuriat yang kuat, bukannya yang lemah.....

Kak long hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum mendaftar diri semula ke kolej, bersedia untuk memulakan teaching practicalnya di Kajang. Moga segalanya dapat dilalui dengan baik.
Kak cik sedang menunggu keputusan exam IBnya....mudah-mudahan Allah akan kurniakan yang terbaik untuk diri dia. Alang pula sedang menunggu masa untuk mendaftar diri di ALAM bagi meneruskan perjuangannya belajar untuk menjadi pelayar yang hebat sebagaimana jejak langkah pelayar2 Muslim yang terkenal seperti Ibnu Batutta...

Begitulah hari-hari yang mencabar cikgu sebagai ibu. Segalanya perlu sempurna untuk satu amanah yang berat. Semasa anak-anak kecil kita rasa payah,..tetapi cabarannya jauh lebih sukar apabila mereka menjelang remaja dan dewasa. Anak di depan mata atau berada jauh dari kita bukan menjadi persoalannya.....tetapi amalan berdasarkan prinsip-prinsip yang berjaya dipupuk dan dihayati dalam keluarga. Hakikat yang mesti diterima...masa kecil bersama kita tetapi sesudah besar mesti dilepas terbang bebas membawa diri.

-Akan pulangkah mereka untuk menjenguk keluarga???
-Akan samakah mereka sebagaimana mereka kecil bersama kita???
-Akan eratkah lagi hubungan mereka adik2 dan abang2 ?????
-Masih ingatkah mereka kepada masjid kampung tempat mereka belajar
solat jemaah dan berkhidmat???


Sejauh mana kita berjaya mengikat hati-hati mereka kepada keluarga walau di mana mereka berada dan pada ketika mana sekalipun...itulah cabaran yang tiada penghujungnya selaginya kita masih bergelar ibu..atau abah....

"Wahai Tuhan kami, anugerahkalah kepada kami isteri-isteri dan zuriat
keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikahlah kami pemimpin
ikutan bagi orang yang bertaqwa"

( al-Furqan:74 )


Saturday, June 6, 2009

Bertemu si kembar...

Sekali lagi hari ini,seorang guru marasa bahagia di hati. Teringat sajak yg dibacakan oleh seorang pelajar pd.hari guru yg lalu..."Usah bersedih cikgu, jika tiada gelaran2 hebat dikurniakan padamu...tetapi berbahagialah jika suatu hari nanti,dirimu sentiasa menjadi cikgu kepada anak2 didikmu...".
Jam 2.00ptg,cikgu ke rumah cikgu Ruzi kerana kenduri perkahwinan anak sulungnya.Tiba2 dari arah belakang kedengaran panggilan cikgu!!!Rupa2nya si kembar,exsesma SPM 1996, bekas anak didikku.Sambil mendukung anak kecil,menghulur salam dan memeluk cikgu.Cepat2 dia memberitahu,..."ini azizah..bukan azimah cikgu..." dari dulu memang cikgu tak pernah cam yg mana satu..kecuali apabila ada kedua2nya bersama.Rupa2nya,si azimah pun ada juga.Kedua2nya datang bersama suami dan 2 org anak masing2.
Langsung dibawa berkunjunglah ke rumah cikgu kedua2nya sebelum berangkat pulang...
Benarlah bait-bait dlm sajak itu...

Sebelum ini, si azimah dan suaminya Amran,kedua-duanya satu batch pernah menziarah ke sesma, datang utk memberi sumbangan mereka kpd surau sesma.Ketika itu cikgu sedang mengajar di kelas 3UO...dulunya kelas si Amran.Azimah tercegat depan pintu kelas sambil mendukung anak kecil,diiringi pula siabang kat sebelahnya. Mula2 cikgu ingatkan si ibu nak bertemu anaknya dr kelas itu, tiba-tiba dia menjerit CIKGU!!!Azimah ni.....Ya Allah..bekas anak murid rupanya...lalu terus dipeluknya cikgu. Anak2 di kelas 3UO ketika itu,tergamam melihat. Cikgu terus memperkenalkan Azimah kpd mereka. Si Amran di belakang termalu2 kerana cikgu memberitahu bahawa ini adalah kelas dia dulu!!Selepas meminta izin dr.anak2 3UO,cikgu sempat berbual sekejap dgn mereka berdua.

Selepas mereka berlalu,cikgu terus berkongsi perasaan gembira cikgu dgn anak2 3UO. Itulah diantara saat2 yang membahagiakan hidup seorang guru, apabila anak didiknya datang menziarahi. Semua itu tiada tandingannya dengan wang ringgit.Tak terbeli dengan sebarang harga pun....Harapan yg sama cikgu sandarkan kepada mereka...harapnya mereka juga suatu hari nanti, biar apa pun jawatan atau gelaran yg disandang.....cari peluang utk menziarah cikgu2 .Ketika itu,cikgu tak sedar yg airmata cikgu menitis dan ada beberapa pelajar puteri yg turut menunduk.

Untuk yang baru yg menjadi guru dan yg bakal menjadi guru,
Kerjaya yang anda pilih tidak menjanjikan hamparan permaidani merah....atau anugerah2 glamor, jauh sekali ganjaran material untuk jadi jutawan. Namun, secebis cerita yang cikgu kongsikan ini cukup untuk membayangkan erti kebahagiaan seorang cikgu...

Tuesday, April 7, 2009

selamat datang

Mulai hari ini cikgu niky berazam nak mula masuk arena blog. Semangat daripada anak-anak banyak memberi dorongan kapada cikgu memulakan langkah blogging. Masa memang tak pernah cukup. Tetapi kitalah yang menguruskan masa. Bukan masa urus kita. Cikgu berazam nak peruntukkan masa bagi isi hal-hal yang penuh makna dalam kehidupan semasa sebagai cikgu, ibu, isteri dan sebagai sahabat.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada cikgu.

Wassalam

Cikgu Niky