Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan yang terakhir buat abangku...Rosman

Tanggal 5 Sept 2009, hari Sabtu,bersamaan 15 Ramadhan jam 10.30malam,kemalangan ngeri di Jalan Pasir Puteh - Jerteh, Abang kandungku Rosman dipanggil bertemu Allah pada usia 54 tahun.
5 tahun yg lalu, juga dalam Ramadhan yang berkat,ayahku juga dipanggil bertemuNya.
Segala2nya ketentuan Allah yang Maha Mengetahui akan Hikmah disebalik segala2nya. Seminggu sebelum itu,hari Sabtu sebelumnya,dalam minggu akhir cuti persekolahan, aku telah membawa kesemua anak2ku dan suami untuk berbuka puasa bersama Paman (panggilan oleh anak2 buah arwah) mereka,berterawih di masjid bersama-sama dan sempat bermain kad dan bergelak ketawa bersama2 anak2ku untuk setengah jam selepas terawih sebelum kami bertolak pulang ke K.Trg....meninggalkan dia untuk kali yang terakhir.
Perjalanan hidup abangku yang penuh dengan cerita berliku,memang sangat berharga untuk aku dan anak2 jadikan memori keluarga.

Peristiwa yang sentiasa menitiskan air mata ku ialah bait-bait dialog terakhir aku dengan abang Man sebelum kami berpisah pada malam itu....
Aku memohon abang Man supaya kuatkan diri untuk terus menjalani hidup dengan lebih terurus,dekatkan diri dengan Masjid bermula Ramadhan ini....tetapkan azam untuk bekerja dengan baik dan serius di kedai Motor Amy (wanita cina,pemilik kedai) dan tidak lagi berkejarana membuat pelbagai jenis pekerjaan di pelbagai tempat. Biasanya abang Man akan menelefon untuk meminta aku masukkan duit sekadar RM20,dalam tempoh masa yang tidak menentu.
Tapi pulangnya aku kali itu untuk membuat kata putus dengannya supaya dia belajar untuk mengurus dirinya dengan lebih teratur.

Ya Allah....sesungguhnya niat aku dan adik beradik yang lain seikhlasnya untuk terus berusaha membantu dan meyakinkan dia untuk tabah membina kehidupan baru selepas beberapa kali hidupnya bergelora.Aku menyerahkan RM300 tunai kepada abang Man(adik aku Rosley pula telah berjanji untuk mengirimkan RM100 lagi. Aku menyebutkan ayat bahawa itu ialah pemberian terakhir aku dan adik beradik yang lain untuk dia.Aku mohon dia supaya menguruskan duit itu dengan berhemah sehinggalah menerima gajinya sebelum hari raya.Aku beberapa kali menyebutkan kata2 "tidak akan lagi memberi duit lagi selepas ini"...dan memohon abang Man agar terus bekerja secara tetap dengan taukeh wanita cina itu ( meninggal dunia bersama dalam kemalangan tersebut).

Aku beberapa kali memohon maaf dan menyatakan hasrat kami adik beradik untuk melihat dia terus yakin untuk membina kehidupannya. Disepanjang dialog aku dengannya abang Man sentiasa menyatakan persetujuannya dengan rancangan aku....Dia kelihatan yakin dan menyatakan hasratnya untuk mengahwini taukeh itu yang berhasrat untuk memeluk Islam. Aku dan suami memberi penuh sokongan dan meminta dia bertemu dengan pegawai di Jabatan Agama untuk meminta nasihat.

Aku berpisah dengan abang Man untuk kali terakhir pada malam Sabtu itu pada jam 10.30 malam...hampir sama waktu dengan saat akhir kehidupannya pada hari kemalangan Sabtu, 5 September.

Kata-kata aku bahawa inilah kali terakhir aku memberi bantuan kewangan untuk dia, rupa-rupanya menjadi kenyataan...Masyaallah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segalanya.
Aku yakin dengan ketentuan Allah bahawa inilah kesudahan yang terbaik buat abangku Rosman. Allah memilih bulan Ranadhan yang mulia untuk mengambil abangku bertemuNya.
Alfatihah buat abangku Rosman bin Abdullah dan arwah isteri beliau Adibah b Abd Majid ( meninggal dunia 2 tahun lalu. Anak angkat mereka berdua, Haziq Haikal dalam proses pemindahan hak penjagaan kepada adik arwah isteri abang Man).

Alhamdulillah disepanjang rentetan kehidupannya yang penuh bergelora,abang man sentisa mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada kami 6 beradik dan sepupu2 kami. Walaupun kehidupannya tidak sempurna,tetapi abang Man merupakan seorang insan yang berhati mulia dan sentiasa ringan tulang membantu sesiapa sahaja. Di kampung, beliau dikenali semua anggota masyarakat sebagai "mesra alam"....Seorang qariah masjid memaklumkan pada aku bahawa dalam tempoh 2-3 minggu ini abang Man sentisa berada di masjid berterawih sehingga namanya disenaraikan untuk menyumbang kuih More pada 9 Sept ini. Setiap kali selepas solat jemaah Subuh beliau akan duduk memegang al-Quran berdekatan dengan kumpulan tadarrus, tapi belum bersedia untuk sama-sama bertadarrus kerana dia belum lancar jawabnya, tapi berjanji akan mula belajar.
Alhamdulillah, aku jadi lebih tenang dan penuh keredhaan dengan pemergiannya...ameen.